Thursday, April 25, 2013

Mari MeMancIng

Aku ni anak Ibu & Ayah.....Hobi tak jauh dari pegang Joran Je..Kalau boleh nanti teringin Jugak nak Buat Rumah d tengah lautan..bangun2 je memancing..hahhahahahaha..amboiiii!!!Kelas ko nak!!!!Bak kata pepatah "Kalau tak mahu d lambung Ombak,jangan berumah di tepian Pantai"Tapi aku buat rumah kat tengah Lautan Kira boleh la kan..hahahhahaha....





Muka Budget Hot Dapat Ikan KERAPU tu..hahhahaha..Time ne Mancing Kat Sarawak lagi kalau tak silap di Kmapung Trombol..Hasil die boleh tahan juga banyak..Tapi Paling Aku suka memancing d Kampung Telaga Air Kuching Sarawak.Fisrt time aku memancing Dapat Ikan Putih besar dia pun cukup untuk makan 2 org je.."dengan muka yang riak2 sikit (^__^)"..hahahhahahahha


Yang ini Pulak kakak aku aka Senior aku la kan.....Kaki Mancing juga ne..Muka tengah Hot Budget Dapat Ikan Besar tu..Sila Bangga Dari Jauh Ye cik Abang..Ada Berani mahu lawan memancing ka tu??hahahahaha...ni masa memancing di kampung belakang rumah je...


So,Apa yang Boleh aku katakan "JANGAN PANDANG AKU SEBELAH MATA HANYA KERNA DAKU WANITA" Anita Sarawak Tu..hahahhahahahaha











Tuesday, March 26, 2013

Kisah Seram



Beginilah rupa yang seram (konon-konon)
kisah ni berlaku berpuluh-puluh tahun yang lalu..(erkk..aku belum ada lagi kot)..hahhahahahhaha
Cerita ni bermula dari suatu malam jumaat yang amat tenang & angin sepoi2 bahasa.

Nak d jadikan cerita ada 3 sahabat ne baru balik dari tengok wayang.Al-maklumlah anak Teruna la katakan tidak Rock la kalau tidak keluar malam-malam.Masa dalam perjalanan pulang ke rumah 3 sekawan ni akan melalui kawasan yang banyak pokok pisang.Kawasan perkampungan la katakan.

Dalam keseronokan bercerita tiba-tiba si A ni terhidu sesuatu yang amat busuk.Beginilah reaksi muka si A.(Seram sgt la tu).

Si B & si C pun macam terpaku beberapa minit melihat muka si A.Dan terus Si B bersuara "kenapa dengan kau ni"si A lantas menjawab "ada terhidu sesuatu tak?"masing2 tengok muka.Terus terdiam & mencari dari arah mana bau yang cukup meloyakan.

Dalam syok2 mencari arah bau sedar tidar sedar mereka bertiga berdiri betul2 di hadapan Pokok Pisang.Punya la mengigil mereka bertiga...tanpa di sedari mereka bertiga terus buka langkah seribu berlari ala-ala pelari pecut 100meter.Sedar tak sedar sampai d hadapan rumah dgn muka yg pucat & penat masing2 bertanya dari mana datangnya bau busuk itu tadi macam kenal ja tu bau.

Tdak lama selepas itu bau itu datang balik,tapi kali ini lebih kuat baunya.Masing2 dalam ketakutan.tiba-tiba Si A ketawa seorang diri macam kena rasuk pun ada.Si B pun bertanya "kenapa dgn kau ni,jgn main2 ni malam Jumaat" dengan slumber Siput si A Tunjuk ke arah Kaki si C....Ceh!!!!!!!rupa-rupanya si C terpijak taik Kucing la pulak..hahhahahahahhahaha..Seram la sangat.





Friday, March 22, 2013

Treatment Face



Begini la aku tiap seminggu sekali..ayoyoyoyo...
Perempuan memang tak boleh lari dari menjaga muka & kesihatan kulit..Al-maklumlah nk menjaga kecantikan Chewaaaahhh!!!Nanti tidak ada seorang pun nak pandang kan..hihihihihi
Kelas ko meoww....

Cinta tak terbatas,cinta itu tidak mengenal usia,jarak & waktu:(



Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat dan lakukan, kalau boleh kita mahu si dia mengetahuinya. Kita juga berusaha sedaya kuat mungkin untuk tidak mahu sakitkan hati si dia.Cinta juga membawa suatu perasaan yang mendalam terhadap si dia dan kalau boleh mahu hidup semati bersama dengannya.

Sememangnya Cinta itu hadir tanpa di paksa..Bermula dari perasaan ambil berat,sayang & suka.Kadang-kadang kita tidak pernah tahu pun tentang kewujudan Cinta kerana ia datang secara Tiba-tiba..


Sesungguhnya Cinta itu amat bermakna buat semua makhluk yang ada di Muka Bumi ini.Hargailah cinta seseorang itu.















Tuesday, March 12, 2013

Pray For Sabah

Dalam Kesibukan kita bekerja jangan lupa saudara mara kita di Lahad Datu.Doakan Keselamatan mereka & tidak lupa juga dengan Perwira-pewira kita yang tengah berjuang Demi Mempertahankan Tanah Air Kita Malaysia.Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mendoakan yang terbaik dari yang terbaik untuk Wira-wira kita.Bukan nak menuduh,menghina,fitnah & mengeluarkan kata-kata yang kesat.Itu adalah perbuatan yang tidak mendatangkan hasil malah menambahkan lagi masalah dari segi pemikiran kita.Untuk Perwiraku usah takut selagi mampu kita mampu bertahan.

Berikut senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah:

1 Mac 2013 - Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69

1 Mac 2013 - Sarjan Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69

2 Mac 2013 - Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.

2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

2 Mac 2013 - Sarjan Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.

2 Mac 2013 - Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.

2 Mac 2013 - Sarjan Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

2 Mac 2013 - Koperal Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.

- Info dari BERNAMA



Marilah kita bersama-sama mendoakan agar tiada lagi pertumpahan Darah Buat Perwira kita...

I Have A Dream

                                                                  "I Have A Dream"


I have a dream, a song to sing 
To help me cope with anything 
If you see the wonder (wonder) of a fairy tale 
You can take the future even if you fail 
I believe in angels 
Something good in everything I see 
I believe in angels 
When I know the time is right for me 
I'll cross the stream - I have a dream 


Oh yeah
I have a dream (have a dream), a fantasy (fantasy)
To help me through (help me through) reality (reality)
And my destination (destination) makes it worth the while 
Pushing through the darkness
([Mark:] pushing through the darkness baby)
Still another mile 


I believe in angels 
Something good in everything I see
 everything I see yeah)
I believe in angels
 I believe in angels )
When I know the time is right for me
time is right for me)
I'll cross the stream - I have a dream 

I have a dream (oh yeah), a song to sing(song to sing) 
To help me cope with anything 
If you see the wonder (if you see the wonder) of a fairy tale (of a fairy tale)
You can take the future even if you fail (yeah yeah yeah yeah)
I believe in angels 
Something good in everything I see (everything)
I believe in angels (yeah)
When I know the time is right for me (right for me)
I'll cross the stream (cross the stream) - I have a dream (have a dream)
I'll cross the stream (cross the stream) - I have a dream 


Lagu Masa aku masih dalam darjah 6 masih dalam ingatan
By Lovely Norlee

Oh!!!!Nanas Masak Kari



Reaksi muka aku ketika kena Puji...Alahai,Kembang semacam je kan....hahhahahahahahaha
Ini Al-kisah hidupku konon yang bangga2 gitu baru pandai makan "Nanas Masak Kari"....
Inilah pertama dalam hidup aku makan Nanas Masak kari.Apa yang membanggakan aku,sekaligus aku pun pandai masak..hihihi...Sodap bebenor hingga menjilat jari kalah-kalah KEPSI....



Mula aku rasa macam seram sejuk pula nak masukan dalam mulut.Sekali dah makan Adadadada punya sodap.Sekarang ne inilah Menu untuk makan malam,Senang je nak buat.Da selamat makan ya....

Wednesday, February 27, 2013

RAHSIA PERSONALITI HURUF PANGKAL NAMA

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

♥ huruf A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

♥ huruf B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

♥ huruf C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

♥ huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

♥ huruf E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

♥ huruf F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

♥ huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

♥ huruf H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

♥ huruf I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

♥ huruf J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

♥ huruf K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

♥ huruf L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

♥ huruf M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

♥ huruf N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

♥ huruf O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

♥ huruf P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

♥ huruf Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

♥ huruf R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

huruf S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

♥ huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

♥ huruf U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

♥ huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

♥ huruf W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

♥ huruf X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

♥ huruf Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

♥ huruf Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

*sekadar analisis s'cara rambang , so dont take it so serius *

Wednesday, February 20, 2013

Year Of The Snake

Chinese Zodiac - Snake ( 蛇 )
The Snake is the sixth sign of the Chinese Zodiac cycle.

In the Chinese zodiac, the Snake is listed after the Dragon, but its place and its significance as a symbol of worship is far less than that of the Dragon. it carries the meanings of malevolence, cattiness and mystery, as well as acumen, divination and the ability to distinguish herbs. In some places, people believe that a snake found in their court can bring delight. During Spring Festival, people like to paste onto their doors and windows the paper-cut 'Fu' character (happiness), combined with a snake twisting around a rabbit onto their doors and windows as a popular pattern indicating wealth.

THE LOST KINGDOM OF SARAWAK - KERAJAAN NEGERI KALAKA

Daerah Kalaka yang merupakan salah satu daripada daerah terletak di kawasan Saribas. Daerah Kalaka hanyalah sebuah daerah yang kecil tetapi mungkin tiada yang mengetahui bahawa Kalaka suatu waktu dahulu juga antara daerah yang penting di dalam sejarah lama Sarawak iaitu sebelum kedatangan Rajah James Brooke dan keluarganya memerintah Sarawak.

Di dalam pencarian sejarah negara yang hilang, sejarah Kalaka tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan Datuk Merpati Jepang seperti Kerajaan Negeri Santubong dan Kerajaan Negeri Samarahan. Tetapi Kalaka mempunyai hubungkait secara langsung dengan sejarah Datuk Godam dan Pengiran Temenggung Abdul Kadir. Kedua-duanya bukanlah pemerintah untuk Kalaka pada waktu itu tetapi Kerajaan Negeri Saribas yang berpusat di Tandang Sari adalah jiran kepada Kalaka. Ini dapat dibuktikan di dalam Syair Tarsilah Cetera Dato’ Godam dan Temenggung Kadir Negeri Saribas yang dikatakan sebagai sebuah naskah agung yang mempunyai episod di dalam pensyairannya. 

Syair Tarsilah Negeri Saribas

“ Terhenti dulu kisah itu
Tersebutlah pula habar suatu
Di Negeri Kalaka habarnya tentu
Dayang Hubu’ Dayangnya Ruku…..”

Inilah bait-bait syair yang mengaitkan bahawa suatu waktu dulu Kerajaan Negeri Kalaka diperintah oleh 2 orang puteri bersaudara yang bernama Dayang Hubu dan Dayang Ruku. 

Di dalam konteks sejarah lama Sarawak yang kebanyakan kerajaan lamanya adalah dibawah pengaruh Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Majapahit, nama Kalaka juga dinyatakan di dalam sebuah manuskrip lama berjudul Negarakartagama yang dikarang pada tahun 1365 ada mencatatkan bahawa “Kalka” adalah salah satu daripada kerajaan yang menjadi jajahan empayar besar Majapahit. Selepas kemerosotan empayar Majapahit, Kalaka dikatakan di bawah kekuasaan Kesultanan Melayu Johor dan diserahkan kepada Brunei sebagai satu hadiah kepada rajanya yang pertama iaitu Awang Alak Bertatar yang mengahwini kerabat diraja Johor. Ini dapa dibuktikan melalui sebuah manuskrip bertulisan Jawi Melayu Brunei berjudul Alamat Zaman Ketahtaan Nagari Baruni. 

“Alkisah peri mengatakan zaman dahulukala di nagari Barunai berugama kafir. Pada zaman itu nagari Barunai mengantar upti ka Majapahit satahun satampayan air pinang muda. Maka apakala Awang Alak Batatar menjadi raja tiadalah baginda manghantar upti lagi ka Majapahit. Ratu Majapahit pun sudah mati dan Patih Gajah Mada pun mati. Nagari Majapahit pun tiada daya ... damikian riwayatnya.

Maka Awang Alak Batatar dangan Patih Barbai asal raja datang ghaib .... Pengawa jadi Pangiran ialah yang sangat gagah barani pada zamannya itu. Dan pada masa Ratu Malaka di atas karajaan Nagari Juhur, Awang Alak Batatar baristeri ka Juhur ialah digalarkan Awang Alak Batatar ada Seri Sultan Muhamad dan saudaranya Patih Barbai jadi Bendahara Seri Maharaja Permaisuara digalar dan pengiringnya yang lain itu digalar jadi Panggawa dan dianugerahi oleh Baginda di Juhur empat menteri yang basar2 dan babarapa pagawai dan ngaskar dangan babarapa dayang2nya dianugerahi nobat nagara ganta alamat sarta sakalian alat-alat karajaan yang barbagai-bagai.

Dan dianugerahi nagari iaitu Kalaka dan Saribas dan Rajang dan Sabangan dan Samarahan dan Sarawak karana di pulau, Juhur pun mamarintah juga. Dianugerahkan sakali kapada anak baginda manjadi milik sapanjang-panjang rantau itu di bawah parintah Sultan Barunai damikianlah riwayatnya pada zaman dahulukala.”

Untuk konteks bukti peradaban moden seperti penyelidikan atas artifak-artifak sejarah pula, banyak penyelidikan ke atas artifak sejarah yang ditemui menuju ke arah Kalaka sebagai sebuah negeri. Lembah Sungai Kalaka yang tidak jauh dari Lembah Sungai Sadong iaitu sekitar 10 batu ke sebelah timur Santubong telah ditemui 9,469 serpihan tembikar China termasuk jenis Sawankhalok dan “blue and white ware”. Dari pengkajian yang dijalankan oleh Lucas Chin menunjukkan bahawa tembikar ini adalah tembikar abad ke 16 dan ke 17. Terdapat juga penemuan artifak bersejarah di Tebing Tinggi yang mana di kawasan ini telah ditemui 41,762 serpihan tembikar yang seusia dan setua artifak yang ditemui di Nanga Kalaka. Dengan penemuan ini sudah cukup membukti bahawa Kalaka juga adalah antara kawasan yang penting di suatu waktu dahulu sehingga saudagar dari Tanah Besar China turut datang berniaga. 

Berdasarkan kepada pembuktian dari manuskrip sejarah lama iaitu Syair Negeri Saribas, Alamat Zaman Ketahtaan Negara Barunai dan juga penemuan arkeologi saintifik keatas artifaks sejarah dengan ini dapat disimpulkan bahawa KERAJAAN NEGERI KALAKA adalah salah satu daripada THE LOST KINGDOM OF SARAWAK pada suatu masa dahulu.

Tuesday, February 19, 2013

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN SARAWAK

Masyarakat Iban di Sarawak merupakan etnik majoriti di Sarawak, Bumi Kenyalang. Seperti masyarakat peribumi yang lain, masyarakat Iban Sarawak juga kaya dengan adat dan warisan budaya yang masih dipegang zaman berzaman lamanya. Adat perkahwinan di dalam masyarakat Iban juga antara yang terunik kerana terdapat beberarap peraturan yang harus dilakukan sebelum layak bergelar suami isteri. Bagi masyarakat Iban disinilah bermulalah kesinambungan generasi yang akan datang jadi adalah wajar ianya dilakukan dengan sebaik mungkin dan beradat.

Di dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki memainkan sentimen yang paling utama untuk diambilkira kerana disinilah letaknya samada pengantin lelaki itu boleh memikul tanggungjawab yang besar di dalam keluarga. Usia untuk pengantin lelaki masyarakat Iban sebaik-baiknya hendaklah melebihi 22 tahun. Melihat kepada faktor usia ini boleh dikatakan pengantin lelaki ini sudah pun akal baligh ataupun matang. Bagi pengantin perempuan masyarakat Iban, tiada pula had umur yang ditetapkan. Satu perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban adalah satu perkahwinan yang telah mengikut dan mematuhi kehendak adat. Masyarakat Iban mempercayai sekiranya ada mana-mana adat perkahwinan yang tidak diikuti maka adalah wajib untuk keluarga pengantin membayar denda bagi mengelakkan pasangan suami isteri ini nanti ditimpa musibah.

Terdapat beberapa peringkat tertentu di dalam adat perkahwinan masyarakat Iban Sarawak iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan. Untuk ADAT MERISIK di dalam masyarakat iban, kebiasaannya perkahwinan ditentukan oleh keluarga pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna itu telah berkenan dengan seorang dara maka adalah perlu untuk si teruna meluahkan hasrat hati dengan keluarganya bagi memohon persetujuan. Apabila keluarga si teruna sudah merestui maka adalah wajar untuk keluarganya bertandang ke rumah si dara untuk adat merisik. Perjumpaan kedua-dua keluarga ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Di dalam perjumpaan inilah kedua-dua keluarga akan berbincang tentang syarat-syarat perkahwinan seperti penentuan berian dan sebagainya. Sekiranya kata sepakat sudah didapati barulah pihak keluarga si teruna akan menghantar rombongan untuk ADAT MEMINANG si dara dengan secara rasmi. 


Bagi ADAT MEMINANG dan BERTUNANG masyarakat Iban Sarawak kebiasaannya pihak keluarga si teruna akan membawa rombongan yang tidak kurang daripada 5 – 20 orang yang terdiri daripada orang-orang tua di dalam keluarga si teruna. Pada masa ini, syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan serta diperjelaskan secara terperinci. Ini termasuklah soal mas kahwin serta lain-lain perkara yang berkaitan. Jika kata sepakat sudah diambil, ayahanda si teruna akan menanggalkan lapit atau ikan pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Kebiasaannya yang akan menerima bagi pihak si dara adalah ayahanda si dara atau mereka yang lebih berusia di dalam keluarga si dara. Jika sudah disambut segala ini maka barulah kedua-dua keluarga boleh memulakan perbincangan untuk majlis perkahwinan seperti tarikh dan bentuk majlis yang akan diadakan nanti. Mulai saat ini, si dara sudah secara rasminya tunangan kepada si teruna dan si dara tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna yang lain selain daripada tunangannya sendiri. Bagi keluarga si teruna pula adalah perlu untuk mereka memberitahu kepada sanak-saudara dan jiran tetangga mereka mengenai pertunangan anak mereka. Tiada tempoh yang khusus untuk durasi pertunangan ini tetapi menurut masyarakat Iban adalah lebih baik sekiranya majlis perkahwinan dipercepatkan untuk mengelak benda-benda yang tidak diingini daripada berlaku.

Majlis PERKAHWINAN bagi adalah kemuncak kepada perjalanan satu pasangan teruna dan dara bagi menempuh ikatan perkahwinan yang sah dan beradat. Majlis perkahwinan bagi masyarakat Iban hendaklah diatur dengan penuh cermat kerana sekiranya ianya melanggar adat maka dipercayai bencana akan menimpa kepada pasangan pengantin yang baru berkahwin kelak. Pihak keluarga pengantin lelaki diwajibkan untuk menyediakan segala kos perbelanjaan perkahwinan ini. Pihak keluarga lelaki juga dikehendaki untuk menyediakan segala barangan yang harus diberikan kepada keluarga pengantin perempuan. Di pihak keluarga pengantin perempuan pula ditugaskan untuk menyediakan pelbagai persiapan majlis perkahwinan seperti binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan kelak. Bagi urusan mengundang tetamu, kedua-dua keluarga pengantin lelaki dan perempuan akan melantik wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan perkahwinan. Wakil kedua-dua keluarga pengantin akan membawa beberapa utas tali bersimpul sewaktu mengunjungi rumah tetamu yang dijemput. Beberapa utas tali bersimpul ini melambangkan berapa hari lagi majlis perkahwinan akan berlangsung. Contohnya sekiranya tali itu mempunyai 5 simpulan bermakna majlis perkahwinan akan berlangsung di dalam tempoh masa 5 hari lagi. Wakil pengantin kebiasaannya akan memberikan tali bersimpul itu kepada tuai rumah yang bertanggungjawab untuk menghebahkan tentang majlis perkahwinan ini nanti kepada seluruh anak buah rumah panjangnya.

Menjelang acara perkahwinan dilangsungkan, rombongan pengantin lelaki biasanya berarak ke rumah panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi dengan kain puak kumbu sekiranya melalui jalan sungai. Jika rombongan ini menggunakan jalan darat samada berkenderaan atau berjalan kaki, rombongan pengantin lelaki akan memukul gong di sepanjang perjalanan. Ini bertujuan untuk memeriahkan suasana perkahwinan serta memberitahu mereka yang disekeliling bahawa rombongan pengantin lelaki telah sampai. Sebaik sahaja rombongan pengantin lelaki telah sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan. Semasa bunyi tembakan meriam itu dilepaskan itulah Kepala rombongan pengantin lelaki akan dijemput untuk menyembelih khinzir sebagai penghormatan keluarga pengantin perempuan menerima kedatangan rombongan pengantin lelaki. Di kepala tangga rumah panjang pengantin perempuan akan disediakan rangka yang berbentuk kota. Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka rangka berbentuk kota ini yang diletakkan di kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah. Selepas itu maka pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan disatukan dan bermulalah upacara adat yang dilakukan oleh orang tua yang tertentu. Upacara ini dilakukan untuk memohon restu agar perkahwinan kedua pengantin ini akan kekal sehingga ke hujung nyawa dan beroleh rezeki yang berlimpah ruah sepanjang mereka melayari bahtera penghidupan bergelar suami isteri.


Monday, February 18, 2013

Adat Masyarakat Kaum Melanau Sarawak

MELANAU Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik di Sarawak. Masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam.Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini. KELAHIRAN Sewaktu Mengandung Ibu yang mengandung terikat daripada mengamalkan pantang larang. Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan. Si suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab. Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur. PERKHAWINAN Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda bertunang dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan. Majlis Perkahwinan Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis 'peramas' iaitu per-kahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk majlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan 'berian' dan hadiah lain seperti 'adat menuga', 'adat mebin' dan 'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan sahabat handai.Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari. Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diada-kan pula persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang, misal-nya tidak boleh mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang.Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan nasi temuan. ADAT RUMAH TANGGA Oleh kerana perkahwinan merupakan satu institusi yang penting, terdapat beberapa peraturan dalam kehidupan mereka yang perlu diikuti oleh kedua-dua pasangan pengantin sama ada lelaki atau perempuan. Antara peraturan yang perlu diikuti oleh mereka ialah: Setelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang kerana cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang antara suami dan isteri. Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan perut isteri sakit atau memulas. Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri. Isteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran.

Terung oh Terung (2)


Terung Oh Terung


Sejak aku tinggal di Sabah ini macam makanan & masakan yang aku pelajari dari kawan2 & family angkat aku.Salah satu yang aku pelajari dari kawan aku ialah "Sayur Terung Telur Dadar".Mula-mula kawan aku buat aku cuma rasa pelik ade ke resepi mcm ne.Lagipun seumur hidup aku belum pernah cuba lagi makan sayur terung ne.Aku pun cuba rasa,mula-mula tak boleh masuk lagi tp lama2 aku cium bau masakan kawanku itu teringin nak try lagi sekali.Finally!!!!!!!!Aku berjaya juga makan....Sampai ke hari ini itu lah menu yg aku buat amat menyelerakan.Nak tahu mcm mana nan buat meh sini aku bagi resepi cikit ye.


1)Mula-mula tu bakar je Sayur terung tu tapi ingat kena potong sisi sayur tu cikit supaya time bakar tu ada air yang keluar,takut-takut nanti pecah tu terung.huhuhu...Pastikan sayur terung tu betul2 lembut ye baru angkat & cuci

2)Lepas tu pecahkan telur ayam sebiji jgn lupa letak garam & ajinomoto sikit sebagai perasa la katakan.Kemudian letakkan sayur terung yg lepas kena cuci tu kedalam telur tu tadi

3)Panaskan sedikit minyak,kemudian goreng la pastikan goreng tu sampai garing2 taw..tapi jgn la terlampau garing.lepas tu siap!!!!!!!!


P/s : Lupa pulak nak bagitahu untuk cicah dia kena letak kicap manis,chili & cuka (asingkan k) selamat mencuba.

Kehabisan Credit

Aku tak pasti sama ada celcom ne kaki curi credit ke ape...Pagi-pagi dah hlg credit aku RM1 untuk Renewed Facebook chat....Wei!!!!!!Bila masa aku actived kan kau...Last2 credit tinggal RM0.18 jahanam credit aku...

Aku & Roti Canai

Time Lunch ini lah salah satu menu harian ku.Aku jarang makan nasi kalau tengah hari sebab pagi2 aku dah makan nasi.So,Inilah dia makanan aku time lunch....

My love cat Tyty & Lala

Kehidupan Bersama Haiwan Kesayangan

Kali ini aku nak cerita kan kehidupan aku menjaga anak2 bulus ni.Kadang-kadang macam-macam aksi si kucing ni buat. Patut la bela kucing ni boleh jadi terapi.Kisah aku ini masa tahun 2012.Aku masa tu masih berkerja di Sarawak tempat aku sendiri aku menyewa flat d Kuching.Nak di jadikan cerita masa aku tengah syok2 buat kerja di office aku terlihatsi kecil yang berkurap masa tu & apa yg membuat aku terpegun ialah anak matanya berwarna biru *ala-ala omputih gitu*.Sambil budak2 training main dgn ank kucing tu sambil aku curi2 tengok comel sgt. Tak lama lepas tu Boss aku datang dari mana entah aku pun tak tahu terus bising2 "Tolong buang kucing ne nanti berbau office" semua terdiam dalam hati aku (datang bulan ka apa ne sedangkan lelaki mahu marah-marah kucing bukannya tahu apa-apa pun)So,aku ambil kucing tu aku simpan elok-elok kat bawah office,sambil ank kucing tu meow-meow sambil tu aku cakap "nanti petang kalau kau masih di sini aku bawah kau balik ke tempat aku k"kucng tu pun meow-meow je tanda fhm kot.So,tup-tup jam 5 aku la org terawal punch card balik.Fuh!!!!lega masih ada lagi kau ye si Kecil tapi malang nya masa tu aku tiada tranport aku pun terfikir sekejap mcm mana nak kinap ne kucing bawa dlm bus/van.Last2 aku letak dlm handbag nasib baik handbag besar.Diam2 la kau ye meow sambil lengang kangkung aku singgah di kedai mencari bread untuk anak kucing ini.Last2 dapat juga masuk bus nasib si kecil ni tidak kuat bersuara,tiap kali bersuara bagi je bread terus diam.Hampir sampai ke tempat tinggal tiba-tiba Hujan lebat la pulak apalah nasib *dahlah jatuh di timpa tangga la pulak.Nasib ada bawa payung mahu tak mahu turun dari bus aku peluk kuat2 handbag si kecil pun seolah2 fhm dia keluarkan muka sambil tengok muka aku meow-meow mungkin ketakutan/kesejukan aku kuatkan diri berjalan cepat walaupun masa tu ada kilat & guruh yg kuat.Syukur 5 minit sampai terus ke rumah.Si lala pun tengok2 je muka aku balik sambil meow-meow.Untuk pengetahuan semua si lala tu adalah kucing pertama aku yang ikut balik masa tu pun hujan juga.Aku pun keluarkan si kecil sambil tu si lala cium2 si kecil nasib si abang tak marah tanda fhm kot.So sejak dari itu aku jg kucing2 ne penuh ksh syg lupa pula nak gtahu si kecil tu Tyty namanya.Lala(orange)tyty(white).Inilah kisah hidupku bersama haiwan kesayangan aku.Nanti sambung lagi ye.

Hidup Seorang Perantau

Nak masuk 8 Bulan dah aku stay di Sabah...Syukur alhamdulillah kerana perjalanan hidupku semua di permudahkan.Apa yang di impikan semuanya tercapai.kadang2 kita tak tahu apa yang akan berlaku d masa yang akan datang cuma kita perlu bijak mengatur langkah untuk meneruskan kehidupan seorang perantau.Apa yang penting jaga tingkah laku d tempat orang dengan niat yang baik.Insyallah semua d permudahkan. Aku mulakan kehidupan di Sabah pada hujung bulan 6 2012.Untuk pengetahuan semua sebelum ini memang pernah datang ke Sabah.Tapi kali ini kata hati untuk belajar berdikari untuk mencari rezeki & menambah pengalaman d rantau orang bak kata pepatah "jauh perjalanan luas permandangan" betul ke???hahahhahaha hantam sajalah labu.Sambung balik dari awal,mula-mula datang d sini aku stay d Telipok Ria jarak dari Kota kinabalu ke Telipok Ria memakan masa  hampir satu jam lebih baru sampai.Aku menyewa bilik d situ selama sebulan lepas tu pindah ke Inanam (bukan niat nak pindah2 ye,dek kerana tempat lama mereka ada masalah sikit nak ckp lebih tak baik)so,sampai sekarang la aku menginap di bilik sewa.Aku pun dpt kerja yg lebih baik dari dulu.