Tuesday, March 26, 2013

Kisah Seram



Beginilah rupa yang seram (konon-konon)
kisah ni berlaku berpuluh-puluh tahun yang lalu..(erkk..aku belum ada lagi kot)..hahhahahahhaha
Cerita ni bermula dari suatu malam jumaat yang amat tenang & angin sepoi2 bahasa.

Nak d jadikan cerita ada 3 sahabat ne baru balik dari tengok wayang.Al-maklumlah anak Teruna la katakan tidak Rock la kalau tidak keluar malam-malam.Masa dalam perjalanan pulang ke rumah 3 sekawan ni akan melalui kawasan yang banyak pokok pisang.Kawasan perkampungan la katakan.

Dalam keseronokan bercerita tiba-tiba si A ni terhidu sesuatu yang amat busuk.Beginilah reaksi muka si A.(Seram sgt la tu).

Si B & si C pun macam terpaku beberapa minit melihat muka si A.Dan terus Si B bersuara "kenapa dengan kau ni"si A lantas menjawab "ada terhidu sesuatu tak?"masing2 tengok muka.Terus terdiam & mencari dari arah mana bau yang cukup meloyakan.

Dalam syok2 mencari arah bau sedar tidar sedar mereka bertiga berdiri betul2 di hadapan Pokok Pisang.Punya la mengigil mereka bertiga...tanpa di sedari mereka bertiga terus buka langkah seribu berlari ala-ala pelari pecut 100meter.Sedar tak sedar sampai d hadapan rumah dgn muka yg pucat & penat masing2 bertanya dari mana datangnya bau busuk itu tadi macam kenal ja tu bau.

Tdak lama selepas itu bau itu datang balik,tapi kali ini lebih kuat baunya.Masing2 dalam ketakutan.tiba-tiba Si A ketawa seorang diri macam kena rasuk pun ada.Si B pun bertanya "kenapa dgn kau ni,jgn main2 ni malam Jumaat" dengan slumber Siput si A Tunjuk ke arah Kaki si C....Ceh!!!!!!!rupa-rupanya si C terpijak taik Kucing la pulak..hahhahahahahhahaha..Seram la sangat.





No comments:

Post a Comment