Wednesday, February 20, 2013

THE LOST KINGDOM OF SARAWAK - KERAJAAN NEGERI KALAKA

Daerah Kalaka yang merupakan salah satu daripada daerah terletak di kawasan Saribas. Daerah Kalaka hanyalah sebuah daerah yang kecil tetapi mungkin tiada yang mengetahui bahawa Kalaka suatu waktu dahulu juga antara daerah yang penting di dalam sejarah lama Sarawak iaitu sebelum kedatangan Rajah James Brooke dan keluarganya memerintah Sarawak.

Di dalam pencarian sejarah negara yang hilang, sejarah Kalaka tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan Datuk Merpati Jepang seperti Kerajaan Negeri Santubong dan Kerajaan Negeri Samarahan. Tetapi Kalaka mempunyai hubungkait secara langsung dengan sejarah Datuk Godam dan Pengiran Temenggung Abdul Kadir. Kedua-duanya bukanlah pemerintah untuk Kalaka pada waktu itu tetapi Kerajaan Negeri Saribas yang berpusat di Tandang Sari adalah jiran kepada Kalaka. Ini dapat dibuktikan di dalam Syair Tarsilah Cetera Dato’ Godam dan Temenggung Kadir Negeri Saribas yang dikatakan sebagai sebuah naskah agung yang mempunyai episod di dalam pensyairannya. 

Syair Tarsilah Negeri Saribas

“ Terhenti dulu kisah itu
Tersebutlah pula habar suatu
Di Negeri Kalaka habarnya tentu
Dayang Hubu’ Dayangnya Ruku…..”

Inilah bait-bait syair yang mengaitkan bahawa suatu waktu dulu Kerajaan Negeri Kalaka diperintah oleh 2 orang puteri bersaudara yang bernama Dayang Hubu dan Dayang Ruku. 

Di dalam konteks sejarah lama Sarawak yang kebanyakan kerajaan lamanya adalah dibawah pengaruh Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Majapahit, nama Kalaka juga dinyatakan di dalam sebuah manuskrip lama berjudul Negarakartagama yang dikarang pada tahun 1365 ada mencatatkan bahawa “Kalka” adalah salah satu daripada kerajaan yang menjadi jajahan empayar besar Majapahit. Selepas kemerosotan empayar Majapahit, Kalaka dikatakan di bawah kekuasaan Kesultanan Melayu Johor dan diserahkan kepada Brunei sebagai satu hadiah kepada rajanya yang pertama iaitu Awang Alak Bertatar yang mengahwini kerabat diraja Johor. Ini dapa dibuktikan melalui sebuah manuskrip bertulisan Jawi Melayu Brunei berjudul Alamat Zaman Ketahtaan Nagari Baruni. 

“Alkisah peri mengatakan zaman dahulukala di nagari Barunai berugama kafir. Pada zaman itu nagari Barunai mengantar upti ka Majapahit satahun satampayan air pinang muda. Maka apakala Awang Alak Batatar menjadi raja tiadalah baginda manghantar upti lagi ka Majapahit. Ratu Majapahit pun sudah mati dan Patih Gajah Mada pun mati. Nagari Majapahit pun tiada daya ... damikian riwayatnya.

Maka Awang Alak Batatar dangan Patih Barbai asal raja datang ghaib .... Pengawa jadi Pangiran ialah yang sangat gagah barani pada zamannya itu. Dan pada masa Ratu Malaka di atas karajaan Nagari Juhur, Awang Alak Batatar baristeri ka Juhur ialah digalarkan Awang Alak Batatar ada Seri Sultan Muhamad dan saudaranya Patih Barbai jadi Bendahara Seri Maharaja Permaisuara digalar dan pengiringnya yang lain itu digalar jadi Panggawa dan dianugerahi oleh Baginda di Juhur empat menteri yang basar2 dan babarapa pagawai dan ngaskar dangan babarapa dayang2nya dianugerahi nobat nagara ganta alamat sarta sakalian alat-alat karajaan yang barbagai-bagai.

Dan dianugerahi nagari iaitu Kalaka dan Saribas dan Rajang dan Sabangan dan Samarahan dan Sarawak karana di pulau, Juhur pun mamarintah juga. Dianugerahkan sakali kapada anak baginda manjadi milik sapanjang-panjang rantau itu di bawah parintah Sultan Barunai damikianlah riwayatnya pada zaman dahulukala.”

Untuk konteks bukti peradaban moden seperti penyelidikan atas artifak-artifak sejarah pula, banyak penyelidikan ke atas artifak sejarah yang ditemui menuju ke arah Kalaka sebagai sebuah negeri. Lembah Sungai Kalaka yang tidak jauh dari Lembah Sungai Sadong iaitu sekitar 10 batu ke sebelah timur Santubong telah ditemui 9,469 serpihan tembikar China termasuk jenis Sawankhalok dan “blue and white ware”. Dari pengkajian yang dijalankan oleh Lucas Chin menunjukkan bahawa tembikar ini adalah tembikar abad ke 16 dan ke 17. Terdapat juga penemuan artifak bersejarah di Tebing Tinggi yang mana di kawasan ini telah ditemui 41,762 serpihan tembikar yang seusia dan setua artifak yang ditemui di Nanga Kalaka. Dengan penemuan ini sudah cukup membukti bahawa Kalaka juga adalah antara kawasan yang penting di suatu waktu dahulu sehingga saudagar dari Tanah Besar China turut datang berniaga. 

Berdasarkan kepada pembuktian dari manuskrip sejarah lama iaitu Syair Negeri Saribas, Alamat Zaman Ketahtaan Negara Barunai dan juga penemuan arkeologi saintifik keatas artifaks sejarah dengan ini dapat disimpulkan bahawa KERAJAAN NEGERI KALAKA adalah salah satu daripada THE LOST KINGDOM OF SARAWAK pada suatu masa dahulu.

4 comments:

  1. As salam ngan kitak.

    Nak tauk siney kitak oleh cerita tok?

    Sekian.

    ReplyDelete
  2. Salam, kamek terkejut kitak dapat perkara tuk dengan sempurna. Berbahagialah Sarawak mempunyai seorang peminat sejarah seperti anda. Harap dapatlah dikongsikan bersama untuk faedah semua. Terima kasih. Tapi berdasarkan apa yang kitak tulis ia ditulis oleh Datu Dr Sanib Bin Said.

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan.....
    Cerita tuk pernah diturunkan secara lisan oleh keluarga kamek. Kamek adalah salah seorang yang mendengar cerita lisan tentang kewujudan kerajaan Kalaka. Kamek asal Kalaka yang sekarang lebih dikenali sebagai Saratok.

    ReplyDelete
  4. Best casino games online for real money - DrMCD
    Most casino games have a bonus feature called “no deposit bonuses” that 정읍 출장마사지 gives players some extra money or free 충청북도 출장안마 spins. 평택 출장마사지 As a result, 통영 출장마사지 the 하남 출장마사지 games

    ReplyDelete